BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

k e s a h c i n t a k i t a ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 20, 2011

ingat dimana kita berada. jangan asyik nk seronok ja.

ADAB2 DI DALAM MASJID
BERANGKAT KE MASJID
1. Mulai dengan kaki kanan.
2. Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju Masjid: "Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"

ADAB MASUK KE MASJID

1. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu"
2. Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih"
3. Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )

ADAB DALAM MASJID 

1. Duduk menghadap Qiblat.
2. Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya.
3. Sentiasa menyebut nama Allah.
4. Menghadirkan Ahhala dalam hati.
5. Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia.
6. Jauhi dari menghina Islam.
7. Bezikir dengan suara perlahan.

ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN

1. Berdiam diri.
2. Menjawab seruan Azan.
3. Berdoa setelah selesai Azan.
4. Ditambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
5. Kerjakan solat sunat Rawatib.

ADAB KELUAR MASJID

1. Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
2. Berniat untuk datang kembali.
3. Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".
4. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.

MASJID PALING MULIA DALAM ISLAM

Masjid paling mulia di sisi Allah di dalam Islam ialah Masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sabda Rasullullah s.a.w : 

" Sebaik-baik kamu hendak musafir ialah ke masjidku ini ( Masjid Madinah ), Masjid Al-Haram ( Mekah ) dan masjid Al-Aqsa ( Baitul Maqdis ) "




assalamualaikum.

semalam masuk surau dekat fakulti masa solat zohor. ramainya baq ang.. ramai yang solat. ramai jugak yang x solat tapi duduk kat dalam surau. 

yang solat ALHAMDULILLAH. yang x bersolat mungkin uzur. tapi xsalah rasanya bagi keutamaan kepada yang nk bersolat berada dalam surau. takdelah nanti surau tu penuh sesak dgn orang. lagi2 pulak masa2 puncak macam zohor & asar. lagi pulak surau tu xdelah besar mana. cumanya ada aircond jadi walaupun orang ramai xdek lah berbau sesak sangat.

yang di kesalkan, yang tak solat ni bersembang sampai tak ingat orang lain nak solat ke ape ke. gelak sakan. xsedar yang dorang dah ganggu orang lain nak solat. tu belum masuk dengan yang makan dalam surau. yang tido lagi. dah lah jumlah yang tak solat sama banyak dengan yang solat. haru jadinya.

mungkin mereka ni beranggapan surau bukan masjid. tapi tak salah rasanya kalau kita hormat surau sama macam kita hormat masjid. surau pun tempat beribadat jugak.

sama2 kita ubah sikap kita ke arah yang lebih baik. :)

2 idea terbaek!!:

Saripah Kejora said...

thx untuk perkongsian :)

umminani said...

tapi dlm masjid la tempt bdk2 u rehat/tidoq/sembang..btl x?xdak kesedaran

saye~ saye~ saye~ sekeliling saye~

saye~ saye~ saye~ sekeliling saye~
ini hidup saye~